'The Reds belum tersingkir lagi'

Klopp percaya para pemain Liverpool akan bangkit pada aksi timbal balik kedua di Anfield bulan depan.
Klopp percaya para pemain Liverpool akan bangkit pada aksi timbal balik kedua di Anfield bulan depan.
A
A
A

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp mengakui tidak kecewa dengan kekalahan 0-1 anak buahnya kepada Atletico Madrid pada aksi kalah mati pertama Liga Juara-Juara Eropah (UCL) 2020 di Stadium Wanda Metropolitano, awal pagi tadi.

Malah Klopp turut mengakui tidak kecewa dengan corak permainan yang dipersembahkan kesebelasan skuad The Reds pada perlawanan berkenaan.

“Saya tak kecewa dengan cara permainan kami kerana saya pernah saksikan lebih banyak perlawanan yang lebih teruk dalam hidup saya.

“Kita cuma tidak cukup bagus pada suku ketiga perlawanan ini, namun ia hanyalah kekalahan 0-1. Kita tidak kecewa dan masih belum tersingkir.

“Selagi kita ada 11 pemain yang menyarung jersi Liverpool apa sahaja boleh berlaku. Jadi kepada penyokong Atletico yang sudah ada tiket, selamat datang ke

Anfield,” katanya sejurus tamat perlawanan.

Pada aksi kalah mati pertama semalam, Atletico mengejutkan Liverpool seawal minit keempat hasil jaringan Saul Niguez.

Sementara itu, pertahanan Liverpool, Andy Robertson memberikan amaran kepada Atletico Madrid bahawa kesebelasan The Reds itu akan membetulkan keadaan menjelang aksi kedua di Anfield pada 11 Mac depan.

Artikel Berkaitan:

Pemain kebangsaan Scotland itu berkata, masih ada beberapa minggu lagi menjelang aksi berkenaan.

“Kita ada beberapa perkara yang perlu diselesaikan dalam saingan EPL (Liga Perdana Inggeris).

“Mereka (Atletico Madrid) akan datang ke Anfield. Kami tahu penyokong kami akan berada di sana.

”Ini bukanlah sesuatu yang buat Liverpool kerana kita tahu keupayaan kita di Anfield,” katanya.