Polis cekup tiga lelaki disyaki curi motosikal

Kumarasan (dua dari kanan) bersama sebahagian motosikal yang dirampas.
Kumarasan (dua dari kanan) bersama sebahagian motosikal yang dirampas.
A
A
A

ISKANDAR PUTERI – Tiga lelaki ditahan disyaki terlibat dalam insiden kehilangan motosikal di sekitar kawasan perumahan Gelang Patah dan Tanjung Kupang.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner, M.Kumarasan, kesemua lelaki warga tempatan berusia 20 hingga 38 tahun itu ditahan pada jam 6.15 malam hingga 11.30 malam dalam Ops Lejang yang dijalankan pada 4 Januari lalu.

“Hasil semakan mendapati ketiga-tiga suspek tidak mempunyai rekod jenayah dan dadah manakala hasil saringan air kencing turut negatif dadah.

“Modus operandi mereka adalah mencuri motosikal yang terbiar di bahu jalan dengan menggunakan lori dan pacuan empat roda manakala motosikal yang dicuri disyaki pula dijual untuk pasaran kawasan Felda sekitar Johor,” katanya.

Kumarasan berkata, hasil tangkapan terbabit, pihaknya turut merampas sebuah kereta, 19 motosikal dan empat enjin motosikal.

Kes disiasat bawah Seksyen 379A dan Seksyen 411 Kanun Keseksaan dan sebagai makluman kesemua suspek sudah dituduh di mahkamah hari ini.

Sebarang maklumat aktiviti jenayah katanya, boleh disalurkan ke balai polis berdekatan atau pusat kawalan daerah ini menerusi talian 07-5113622 atau hotline 075514486.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!