Banjir: Suami isteri, bayi terperangkap dalam kenderaan

SIBU - Sepasang suami isteri bersama bayi perempuan mereka terkandas apabila kenderaan dinaiki terperangkap dalam banjir di Jalan Lukut-Penyulau, Kanowit di sini pada Isnin.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Sarawak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata, pasangan suami isteri berusia 41 tahun dan 29 tahun itu serta bayi berusia empat bulan berjaya diselamatkan.
Beliau berkata, sebaik sahaja menerima panggilan pada 6.15 pagi, pasukan keluaran operasi (PKO) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kanowit dengan kekuatan dua anggota bergerak ke lokasi.
"Setibanya di lokasi kejadian didapati sebuah kenderaan terperangkap dalam banjir. PKO bertindak menggunakan PPE Personal Floating Device (PFD) bergerak ke lokasi mangsa yang beranggaran jarak 130 meter.
"PKO meredah air sedalam 1.2 meter dan berjaya membawa keluar ketiga-tiga mangsa ke tempat selamat dan operasi ditamatkan pada 7.33 pagi,” katanya dalam kenyataan pada Isnin. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!