Jumlah mangsa di Johor terus meningkat

KUALA LUMPUR - Jumlah mangsa banjir yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di Johor terus meningkat.
Setakat 6 pagi Isnin, sejumlah 4,015 orang mangsa berada di PPS, berbanding 3,939 orang malam tadi.
Murut laman web Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kesemua mangsa daripada 1,126 keluarga itu ditempatkan di 38 PPS di lima daerah yang terjejas.
Kota Tinggi mencatatkan jumlah mangsa tertinggi dengan 1,319 mangsa. Ini diikuti Johor Bahru (797), Kulai (717), Pontian (649) dan Kluang (533) mangsa.
Dalam pada itu, hanya stesen Sungai Kahang di Kampung Contoh, Kluang dilaporkan melebihi paras bahaya dengan bacaan 15.62 meter. - Awani
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!