Tiga lagi daerah di Johor terjejas banjir

JOHOR BAHRU - Pontian, Kulai dan Kluang menjadi daerah terbaharu terjejas banjir setakat tengah hari Sabtu.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Tan Sri Dr Azmi Rohani berkata, Kota Tinggi kekal daerah paling terjejas mencatatkan seramai 1,082 mangsa daripada 347 keluarga yang ditempatkan di 13 pusat pemindahan sementara (PPS).

"Bilangan mangsa banjir negeri ini terus melonjak kepada 1,156 penduduk daripada 366 keluarga yang ditempatkan di 18 PPS di empat daerah terjejas setakat jam 12 tengah hari berbanding 897 penduduk pada jam 8 pagi tadi," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Dalam pada itu, Azmi yang juga Setiausaha Negeri Johor memaklumkan sebanyak enam sungai merekodkan paras bahaya.

"Ia membabitkan Sungai Kahang, Kluang; Sungai Sayong di Kampung Siam dan Sungai Sayong di Kampung Murni Jaya, Kulai; Sungai Pulai, Pontian; Sungai Skudai serta Sungai Tebrau di Taman Sri Pandan, Johor Bahru.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

