Air Sungai Johor melimpah jika hujan berterusan - Bomba

Anggota Balai Bomba dan Penyelamat Kota Tinggi bersiap sedia bersama aset untuk melakukan operasi menyelamat mangsa banjir.
Anggota Balai Bomba dan Penyelamat Kota Tinggi bersiap sedia bersama aset untuk melakukan operasi menyelamat mangsa banjir.
A
A
A

KOTA TINGGI - Hujan lebat berterusan selain air pasang besar berisiko menyebabkan air Sungai Johor di tengah pusat bandar Kota Tinggi melimpah.

Ketua Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Johor, Penguasa Bomba, Rasidi Md Yunos berkata, hujan lebat sejak pagi Jumaat menyebabkan beberapa kawasan rendah di daerah ini khususnya di pesisir pantai dinaiki air.

Anggota Balai Bomba dan Penyelamat Kota Tinggi bersiap sedia bersama aset untuk melakukan operasi menyelamat mangsa banjir.
Anggota Balai Bomba dan Penyelamat Kota Tinggi bersiap sedia bersama aset untuk melakukan operasi menyelamat mangsa banjir.

"Ia disebabkan hujan lebat yang bertembung dengan air pasang besar malam tadi (Jumaat).

"Kita menjangkakan jika hujan lebat berterusan seperti diramal Jabatan Meteorologi (METMalaysia) sehingga esok (Ahad), kemungkinan beberapa lagi kawasan rendah baharu akan dinaiki bah termasuk pusat bandar daerah ini jika air Sungai Johor melimpah," katanya.

Menurutnya, sebagai langkah berjaga-jaga seramai 70 anggota bomba dari Kota Tinggi kini diletakkan dalam keadaan bersiap sedia dengan aset bagi sebarang operasi menyelamat.

"Penduduk diminta sentiasa mendengar nasihat agensi penyelamat yang sentiasa membuat rondaan di kawasan banjir.

"Saya minta penduduk di kawasan berisiko supaya sentiasa mengemas kini informasi terkini berkaitan banjir di kawasan masing- masing," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!