X

Kindly register in order to view this article
!

Guru maut dalam perjalanan ke sekolah

Motosikal mangsa remuk dalam kemalangan membabitkan sebuah lori di Jalan Lesung Batu, di sini, awal pagi tadi. Gambar kecil: Fadzlul Hadi.
A
A

ALOR GAJAH - Hasrat seorang guru lelaki menghadiri sukan tahunan di sebuah sekolah di daerah ini tidak kesampaian apabila maut dalam kemalangan di Jalan Lesung Batu, di sini awal pagi tadi.

Mangsa, Fadzlul Hadi Osman, 31, yang bertugas di Sekolah Kebangsaan (SK) Tebong terlibat kemalangan ketika dalam perjalanan menuju ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pengkalan kira-kira jam 7.40 pagi.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan Arshad Abu berkata, mangsa yang menunggang motosikal dipercayai hilang kawalan sebaik tiba di lokasi kejadian dan memasuki lorong bertentangan sebelum berlanggar dengan lori.

"Akibat perlanggaran itu mangsa disahkan meninggal dunia," katanya.

Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Alor Gajah untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.