Jenazah Ashraf Sinclair akan dikebumikan di Jakarta

Paparan skrin perkongsian pengurus Ashraf, Daysz Erlangga memaklumkan berita sedih pemergian pelakon itu.
Paparan skrin perkongsian pengurus Ashraf, Daysz Erlangga memaklumkan berita sedih pemergian pelakon itu.
A
A
A

BERITA pemergian pelakon dan pengacara, Ashraf Sinclair akibat serangan jantung awal pagi ini ternyata telah mengejutkan ramai.

Pengurus Ashraf iaitu Daysz Erlangga turut mengesahkan berita sedih itu menerusi Insta Story miliknya kurang sejam tadi.

"Dengan hati yang berat, kami umumkan suami kepada Bunga Citra Lestari, bapa kepada Noah Aidan Sinclair iaitu Ashraf Daniel Mohamed Sinclair telah meninggal dunia pada 18 Februari 2020 pada jam 4.51 pagi di MMC Hospital, Jakarta," tulisnya.

Setakat ini, belum ada berita lanjut mengenai pengebumian bintang berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon Ashraf Sinclair meninggal dunia

Sementara itu, adik Ashraf iaitu Aishah Sinclair turut memaklumkan berita sedih kepada pengurusnya, Kajai Priya.

Menurut Kajai, dia mendapat tahu khabar duka tersebut pada awal pagi tadi.

"Aishah hubungi saya awal pagi tadi untuk memaklumkan berita sedih tersebut.

"Setakat ini belum ada info lain dan kami masih menunggu maklumat terkini daripada pihak di Jakarta. Apa yang pasti Ashraf akan dikebumikan di Jakarta," katanya kepada Sinar Harian.

Artikel Berkaitan:

Tambah Kajai, seluruh keluarga Ashraf termasuk kedua ibu bapanya sedang bersiap dan dijangka akan berlepas ke Jakarta tengah hari nanti.

Dalam pada itu, rata-rata peminat dan rakan artis dari Malaysia dan Indonesia sudah mula membanjiri ruang komen di akaun Instagram Ashraf dan Bunga untuk menyampaikan ucapan takziah.