Rokok jadi umpan pujuk lelaki OKU mahu bunuh diri

Lelaki OKU dipercayai ingin membunuh diri dengan terjun dari tangga bangunan kedai tiga tingkat di bandar Raub Perdana di sini sebentar tadi.
Lelaki OKU dipercayai ingin membunuh diri dengan terjun dari tangga bangunan kedai tiga tingkat di bandar Raub Perdana di sini sebentar tadi.
A
A
A

RAUB - Dengan hanya 'berumpankan' rokok, seorang lelaki kurang upaya yang ingin terjun dari tangga bangunan kedai tiga tingkat di bandar Raub Perdana di sini berjaya diselamatkan daripada cubaan bunuh diri sebentar tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.41 malam itu, lelaki berusia 31 tahun yang mengalami masalah pendengaran dan bisu itu diselamatkan anggota bomba yang mengambil masa kira-kira 30 minit memujuk lelaki terbabit sebelum membawanya turun.

Anggota bomba sedang berusaha memujuk lelaki terbabit.
Anggota bomba sedang berusaha memujuk lelaki terbabit.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Raub, Penolong Penguasa Bomba Khairul Anuar Yaacob berkata, seramai enam anggota dan seorang pegawai bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat kejadian.

"Sebaik tiba di lokasi kita dapati seorang lelaki dewasa dipercayai hendak terjun dari tangga bangunan itu.

"Anggota terlibat memujuk lelaki itu dengan menggunakan bahasa tangan selain menghulurkan rokok untuk menenangkan dirinya," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, lelaki terbabit kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Artikel Berkaitan: