Covid-19: Starbucks, McDonald’s guna sistem tanpa kontak

Starbucks dan McDonald’s mengambil langkah berwaspada dengan mewujudkan servis ‘ambil dan hantar’ menggunakan sistem ‘tanpa kontak’ atau ‘contactless’ di negara-negara yang terjejas akibat wabak Covid-19.
Starbucks dan McDonald’s mengambil langkah berwaspada dengan mewujudkan servis ‘ambil dan hantar’ menggunakan sistem ‘tanpa kontak’ atau ‘contactless’ di negara-negara yang terjejas akibat wabak Covid-19.
A
A
A

BEIJING – Syarikat pengeluar makanan segera terbesar dunia, McDonald’s dan Starbucks mengambil langkah berwaspada dengan mewujudkan servis ‘ambil dan hantar’ menggunakan sistem ‘tanpa kontak’ atau ‘contactless’ di negara-negara yang terjejas akibat wabak koronavirus (Covid-19).

McDonald’s dalam satu kenyataannya menerusi laman web rasminya memberitahu, pelanggan boleh memesan menu sama ada melalui telefon pintar atau menerusi mesin komputer khas yang diletakkan dalam premis.

Menurutnya, pekerja restoran pula akan membungkus makanan yang dipesan menggunakan beg dan meletakkannya di ruang khas sebelum diambil oleh pelanggan tanpa ada sebarang kontak dengan manusia.

‘Bagi pesanan hantaran pula, penghantar makanan turut meningkatkan tahap kebersihan dengan meletakkan makanan hanya setakat di pintu masuk bangunan, membasmi kuman pada beg penghantaran dan kerap membasuh tangan.

“Bukan itu sahaja, penghantar makanan juga dilengkapi dengan penyukat suhu badan untuk membuktikan bahawa mereka tidak demam. Ini semua dilakukan bertujuan bagi memastikan keselamatan pekerja dan pelanggan terjamin.

“Langkah penjagaan ini akan dilaksanakan pada semua jenis perkhidmatan kami,” lapor Reuters.

Dalam pada itu, Starbucks pula mencadangkan agar pelanggan membuat pesanan melalui aplikasi telefon bimbit dan pelanggan perlu menunggu di luar premis sehingga notis ‘ambil’ dimaklumkan sebelum mereka boleh mengambil pesanan minuman di atas meja yang diletakkan di pintu masuk premis.

Terdahulu, untuk rekod, sebanyak 83 peratus premis dalam talian menerusi platform Meituan-Dianping terpaksa ditutup, menurut sebuah syarikat big data di Beijing, BigOne Lab.

Artikel Berkaitan:

Suruhanjaya Kesihatan Nasional China awal bulan lalu mencadangkan had kontak dalam perkhidmatan penghantaran ini.

Walaupun mendepani cabaran untuk meraih keuntungan, langkah-langkah penjagaan ini menggambarkan bagaimana syarikat multinasional (MNC) begitu cepat menyesuaikan keadaan dengan krisis wabak baharu itu.