Kanak-kanak terperangkap dalam MPV

Anggota bomba menggunakan perlatan khas bagi membantu mengeluarkan kanak- kanak yang terperangkap dalam sebuah MPV di Taman Dahlia di sini pagi tadi.
Anggota bomba menggunakan perlatan khas bagi membantu mengeluarkan kanak- kanak yang terperangkap dalam sebuah MPV di Taman Dahlia di sini pagi tadi.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Seorang kanak-kanak perempuan berusia 2 tahun terperangkap dalam kenderaan pelbagai guna jenis Toyota Avanza berjaya diselamatkan pasukan bomba dan penyelamat di Taman Dahlia di sini pagi tadi.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Raazak Saat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.16 pagi dan menggerakkan enam anggota bersama satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dan tiga unit Bermotor Bomba (RIM).

"Kanak-kanak di dalam kereta tersebut berjaya diselamatkan bomba dengan menggunakan peralatan khas.

"Operasi ditamatkan pada jam 9.34 pagi," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Anggota bomba menggunakan perlatan khas bagi membantu mengeluarkan kanak-kanak yang terperangkap dalam sebuah MPV di Taman Dahlia di sini pagi tadi.
Anggota bomba menggunakan perlatan khas bagi membantu mengeluarkan kanak-kanak yang terperangkap dalam sebuah MPV di Taman Dahlia di sini pagi tadi.

Artikel Berkaitan: