X

Kindly register in order to view this article
!

Halang tugas Imigresen: Dua lelaki ditahan

Laporan Sinar Harian berkaitan isu provokasi di Batu Caves.
A
A

KUALA LUMPUR - Dua lelaki tempatan ditahan bagi membantu siasatan insiden anggota penguat kuasa Imigresen yang dihalang daripada melakukan operasi di kawasan peniaga haram di Batu Caves dekat sini.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, seorang individu berusia 47 tahun ditahan pada 7 malam semalam manakala seorang lagi yang berumur 56 tahun diberkas kira-kira 12.30 tengah malam di sekitar Batu Caves.

“Kedua-dua mereka direman tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Provokasi di Batu Caves: Imigresen berundur ada sebab

Muhyiddin beri amaran

Jumaat lepas, tular di media sosial yang memaparkan kira-kira 50 anggota penguat kuasa Imigresen Selangor dihalau keluar sekumpulan individu dari kawasan peniaga haram dipercayai dikendalikan warga asing di Batu Caves.

Arifai berkata, pihaknya telah menerima dua laporan daripada pihak Imigresen serta satu laporan daripada individu yang dipercayai terlibat dalam insiden itu.

Insiden itu turut mendapat perhatian Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menegaskan bahawa perbuatan tidak bertanggungjawab tersebut bukan sahaja memberi kesan kepada aspek keselamatan negara, malah mengganggu peniaga tempatan menjalankan aktiviti harian mereka. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus