Maqis tahan tiga kotak kayu mengandungi ukiran patung gajah

Tiga kotak kayu mengandungi ukiran patung gajah itu masuk menggunakan kapal tongkang dari Indonesia
Tiga kotak kayu mengandungi ukiran patung gajah itu masuk menggunakan kapal tongkang dari Indonesia
A
A
A

KLANG - [DIKEMASKINI] Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Selangor menahan tiga kotak kayu berisi patung ukiran gajah dari Indonesia di Pelabuhan Klang di sini.

Pengarahnya, Dr Tarmisal Alimin berkata, barangan yang dianggarkan bernilai RM15,000 itu dijumpai ketika pemeriksaan ke atas sebuah tongkang dari Indonesia.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut mendapati kotak kayu yang digunakan sebagai pembungkus patung ukiran gajah itu tidak mempunyai sebarang permit import daripada Maqis.

"Kotak kayu tersebut tidak dirawat mengikut syarat import yang telah ditetapkan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tarmisal berkata, perbuatan mengimport sesuatu barangan pertanian tanpa permit sah adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 11(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728].

Pesalah boleh dihukum di bawah seksyen 11(3), Akta yang sama dan didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua- duanya sekali.

"Maqis akan sentiasa komited melaksanakan pemeriksaan di semua pintu masuk negara bagi memastikan komoditi pertanian mematuhi syarat serta peraturan ditetapkan.

"Ini juga bagi memastikan sektor pertanian negara dalam keadaan yang terkawal daripada ancaman perosak dan juga penyakit," katanya.

Artikel Berkaitan: