'Struktur tidak kukuh dipercayai punca runtuh'

Khalid (empat dari kanan) bersama orang ramai yang hadir pada Majlis Perasmian Kempen Kita di Perumahan Awam Seri Perak Sentul hari ini.
Khalid (empat dari kanan) bersama orang ramai yang hadir pada Majlis Perasmian Kempen Kita di Perumahan Awam Seri Perak Sentul hari ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Insiden sebahagian struktur kondominium yang sedang dalam pembinaan runtuh bukan disebabkan masalah tanah atau hujan, sebaliknya dipercayai keadaan struktur bangunan itu tidak kukuh.

Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad berkata, siasatan dan kajian lebih lanjut mengenai punca runtuhan dari tingkat enam itu diteruskan oleh perunding dilantik kontraktor dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) mewakili kerajaan.

Menurutnya, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mengeluarkan arahan henti kerja serta-merta ke atas projek kondominium setinggi 37 tingkat itu sehingga siasatan punca kejadian selesai.

"Laporan umum yang diterima ada kemungkinan runtuhan berlaku disebabkan keadaan struktur yang tidak cukup kuat, namun siasatan lanjut diteruskan untuk mengetahui punca sebenar sama ada kerana penggunaan bahan asasnya atau tiangnya yang tidak kukuh.

"Harap setiap projek yang dilaksanakan selepas ini mematuhi syarat rekabentuk ditetapkan, tiada jalan pintas untuk mengaut keuntungan kerana kesannya akan ditanggung oleh kontraktor sendiri disebabkan penggantungan projek," katanya ditemui pada Majlis Perasmian Kempen Kita di Perumahan Awan Seri Perak Sentul hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Kondominium dalam pembinaan runtuh, empat mangsa terperangkap

Buruh binaan terperangkap struktur kondominium runtuh

Turut hadir Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim; Ahli Parlimen Batu, P Prabakaran dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan.

Katanya, bagi mengelak insiden sama berulang penguatkuasaan dan pemeriksaan perlu dipertingkatkan.

"Penguatkuasaan dari sudut keselamatan dan latihan adalah di bawah kontraktor itu sendiri sementara DOSH serta DBKL juga akan memantau dari semasa ke semasa," katanya.

Artikel Berkaitan:

Semalam, dua warga Bangladesh terperangkap di tingkat satu dalam kejadian sebahagian struktur kondominium yang dalam pembinaan runtuh ketika hujan lebat pada jam 3.40 petang.

Mangsa pertama diselamatkan pada jam 5.15 petang manakala mangsa kedua pada jam 9.40 malam yang menerima rawatan lanjut di Hospital Kuala Lumpur.

ARTIKEL BERKAITAN: Punca kejadian runtuh dikenal pasti dalam tempoh sebulan

Dua mangsa runtuhan selamat dibawa keluar