Buruh binaan terperangkap struktur kondominium runtuh

Sebahagian struktur kondomunium 37 tingkat yang sedang dalam pembinaan di Taman Desa Jalan Klang Lama runtuh hari ini. -Foto Bernama
Sebahagian struktur kondomunium 37 tingkat yang sedang dalam pembinaan di Taman Desa Jalan Klang Lama runtuh hari ini. -Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dua pekerja buruh terperangkap dalam kejadian runtuhan struktur sebuah kondominium yang dalam proses pembinaan di Taman Desa di sini petang tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur, Nordin Fauzi berkata, sepasukan anggota dari enam balai bomba dan penyelamat (BBP) dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 3.47 petang.

"Operasi menyelamat berjaya membawa keluar seorang pekerja lelaki yang terperangkap di ruangan stor tingkat satu bangunan terbabit.

"Mangsa berjaya dibawa keluar kira-kira jam 5.15 petang dan dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).

"Usaha menyelamatkan seorang lagi mangsa yang masih hidup dan tersepit masih giat dijalankan," katanya dalam sidang akhbar di lokasi kejadian sebentar tadi.

Menurutnya, siasatan awal mendapati runtuhan struktur bangunan membabitkan tingkat satu hingga enam.

"Pihak kami masih belum dapat mengesahkan punca utama kejadian terbabit.

"Kita masih menilai struktur bangunan terbabit. Ini berikutan penilaian awal mendapati struktur binaan di kawasan ini dirasakan tidak selamat.

Artikel Berkaitan:

Struktur sebuah kondominium yang dalam pembinaan di Taman Desa, Kuala Lumpur runtuh petang tadi.
Struktur sebuah kondominium yang dalam pembinaan di Taman Desa, Kuala Lumpur runtuh petang tadi.

"Operasi berjalan lancar dengan kerjasama banyak agensi termasuklah polis, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) serta pihak pembinaan," katanya.

Sehingga jam 8.10 malam tadi, usaha membawa mangsa keluar yang terhimpit dengan objek berat sedang dilakukan oleh pasukan penyelamat.

Seramai 150 pegawai dan anggota dari pelbagai agensi keselamatan termasuk bomba dan polis dikerahkan dalam operasi mencari dan menyelamat ini selain ditugaskan mengawasi lokasi berhampiran tempat kejadian.

ARTIKEL BERKAITAN: Kondominium dalam pembinaan runtuh