Sukar hapus budaya mat rempit kerana diwarisi generasi baharu - Shahrol Yuzy

Kemalangan membabitkan penunggang motosikal khususnya mat rempit tetap berlaku biarpun tindakan tegas telah dilakukan pihak berkuasa.
Kemalangan membabitkan penunggang motosikal khususnya mat rempit tetap berlaku biarpun tindakan tegas telah dilakukan pihak berkuasa.
A
A
A

SHAH ALAM - Biarpun tindakan tegas dan penguatkuasaan diperketatkan, namun kemalangan membabitkan penunggang motosikal khususnya mat rempit dilihat masih berterusan berlaku.

Bekas pelumba kebangsaan MotoGP, Shahrol Yuzy Ahmad Zaini berpandangan, ini kerana kemalangan kemungkinan disebabkan terjadi dalam kelompok generasi berbeza.

“Secara asasnya, ia membabitkan generasi berbeza, bila bertukar generasi, itu yang menyebabkan kemalangan masih berlaku.

“Bukannya mat rempit tak insaf, sebenarnya mereka insaf cumanya generasi berbeza... akan datang orang lain, jadi benda tu (kemalangan) akan berlaku... benda yang sama saja,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurut Shahrol Yuzy, bagi mendidik generasi kini dan akan datang, ibu bapa seharusnya memainkan peranan penting dalam tingkah laku dan perbuatan anak-anak.

“Ibu bapa memainkan peranan sebab kadang-kadang ibu bapa sendiri pun tidak patuhi undang-undang seperti membawa kenderaan atau menunggang motosikal tidak mengikut peraturan.

“Anak melihat benda ini sesuatu yang biasa yang mereka lihat daripada kecil,” ujarnya.

Beliau dalam masa sama mengakui, kemalangan membabitkan penunggang motosikal khususnya mat rempit tetap berlaku biarpun tindakan tegas telah dilakukan pihak berkuasa.

Artikel Berkaitan:

“Mat rempit datangnya daripada manusia yang dibesarkan dari ibu bapa, perjalanan dia sama.

“Bila kita di rumah pun macam itu, kelakuan yang tidak elok itu akan terdorong selepas melihat daripada kecil, walaupun bukan mak ayah mereka yang buat (langgar peraturan) tetapi orang lain yang buat, dia akan melihat, elok saja...tengok mat motor ni masih merah (lampu isyarat) elok saja jalan, perkara ini bagi saya tak akan berubah,” katanya.

Akibat itu, beliau berkata, biarpun tindakan penguatkuasaan diperketatkan namun kesalahan sama tetap berulang.

“Polis saman hari-hari, tapi akan ada berlaku yang disaman tu dah lain...datang pula orang baru buat kesalahan sama.

“Dia menjadi satu tabiat kepada orang kita melakukan satu kesalahan yang menjadi kebiasaan atau keseronokan, contoh bila kita melanggar lampu isyarat kita rasa kita hero,” dakwanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!