Pendapatan peserta Yayasan PETRONAS 'empower' ECER naik 3 kali ganda

Kegembiraan peserta program Yayasan PETRONAS empower ECER Latihan Kemahiran dan Keusahawanan ketika menerima sijil tamat latihan masing-masing.
Kegembiraan peserta program Yayasan PETRONAS empower ECER Latihan Kemahiran dan Keusahawanan ketika menerima sijil tamat latihan masing-masing.
A
A
A

SHAH ALAM - Sebanyak 101 peserta Yayasan PETRONAS (YP) empower ECER Latihan Kemahiran dan Keusahawanan di Kuala Terengganu, Terengganu berjaya menamatkan latihan mereka.

Pengurus Besar Bahagian Pembangunan Modal Insan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC), Datuk Wan Mohd Hasnan Abdullah berkata, program anjuran pihaknya bersama YP itu menawarkan empat jenis kursus latihan kemahiran iaitu ‘Basic Scaffolding Competent Person’ (Minyak dan Gas), Jahitan Produk Kreatif (Batik), Refleksologi dan Bekam serta Spa dan Penjagaan Selepas Bersalin.

“Di bawah program ini, peserta yang layak juga menerima kit perniagaan bagi menyokong usaha mereka dalam memajukan perniagaan.

“Dengan rasa syukur, kami mendapati bahawa purata pendapatan keseluruhan peserta sebelum mengikuti program ini telah meningkat hampir tiga kali ganda.

“Bahkan, terdapat peserta usahawan berjaya mendapat lonjakan pendapatan sehingga lapan kali ganda berbanding pendapatan sebelum menyertai program ini,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Inisiatif pembangunan modal insan dengan sokongan rakan pelaksana program Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Ujar Wan Mohd Hasnan, seramai 1,400 peserta bagi sesi 2022/2024 telah dipilih untuk mengikuti program di lapan daerah melibatkan empat negeri.

“Antaranya, jajahan Kuala Krai, Machang, Kota Bharu dan Pasir Mas di negeri Kelantan; daerah Kuala Terengganu dan Besut di negeri Terengganu; Jerantut, Pahang serta Mersing, di negeri Johor,” ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Azran Amin berkata, program tersebut dapat melahirkan tenaga kerja mahir yang berilmu untuk penempatan pekerjaan yang baik dan memperkasakan usahawan untuk terus berdaya saing di pasaran.

“Ia seiring dengan usaha kerajaan negeri Terengganu yang sentiasa memberikan perhatian terhadap keadaan sosioekonomi terutamanya melalui program pemadanan pekerjaan dan pembangunan keusahawanan,” menurutnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!