Pemandu patah kaki nahas dua lori

Anggota bomba cuba mengeluarkan mangsa yang tersepit. Foto BBP Renggam
Anggota bomba cuba mengeluarkan mangsa yang tersepit. Foto BBP Renggam
A
A
A

KLUANG – Seorang pemandu patah kedua kaki sementara seorang lagi cedera apabila terlibat dalam nahas membabitkan dua lori di Kilometer (KM) 53.5, LebuhrayaLebuhraya Utara Selatan (arah selatan), pada Selasa.

Kemalangan itu turut mengakibatkan kesesakan trafik sejauh 10 kilometer apabila kesemua lorong dilaporkan terhalang.

Menurut Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh, kemalangan dipercayai berlaku pada jam 1.57 petang itu melibatkan sebuah lori Nissan dan lori Howo.

“Siasatan awal mendapati lori jenis Howo yang dipandu seorang lelaki berusia 38 tahun dalam perjalanan dari utara menuju ke selatan melalui Leburaya PLUS.

“Dalam masa sama, lori jenis Nissan mengalami kerosakan dan berhenti di lorong kecemasan tanpa meletakkan sebarang kon keselamatan.

“Keadaan ini menyebabkan lori jenis Howo yang datang dari arah belakang tidak sempat untuk brek lalu melanggar lori terbabit.

Keadaan salah sebuah lori yang terlibat dalam nahas tersebut. Foto BBP Renggam
Keadaan salah sebuah lori yang terlibat dalam nahas tersebut. Foto BBP Renggam

"Kesemua mangsa dibawa ke Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim (HTSMTI) untuk menerima rawatan.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, menurut Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan 1, Abd Rahim Taufik dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Renggam, pihaknya menerima panggilan berhubung nahas berkenaan pada jam 2.24 petang.

Katanya, 12 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Renggam dan Kulai dikejarkan ke lokasi.

“Pemandu lori Nissan didapati tersepit dan anggota melakukan kerja-kerja penyelamatan menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan mangsa.

“Mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak perubatan. Operasi tamat kira-kira pada jam 3.58 petang,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!