Datuk Vida masih di luar negara, lelongan harta ditangguh

Kesemua barangan dan aset berjumlah 727 barangan milik Datuk Vida termasuk empat kenderaan mewah yang disita itu dilapor tidak dibenarkan dibawa keluar.
Kesemua barangan dan aset berjumlah 727 barangan milik Datuk Vida termasuk empat kenderaan mewah yang disita itu dilapor tidak dibenarkan dibawa keluar.
A
A
A

IPOH - Lelongan aset dan harta milik usahawan kosmetik, Datuk Vida di kediamannya di Persiaran Bukit Meru di sini yang dijadualkan pada Isnin telah ditangguhkan sementara menunggu perintah selanjutnya daripada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Peguam mewakili Ah Design Communication, Samir Zainal berkata, perintah itu dikeluarkan mahkamah Jumaat lalu selepas menerima permohonan penangguhan daripada Vida Beauty Sdn Bhd.

Menurutnya, dalam notis yang diberikan, Datuk Vida atau nama sebenarnya Datuk Seri Hasmiza Othman selaku defendan memerlukan tempoh untuk menilai semula semua barangan yang telah disita.

"Beliau mengatakan bahawa ada dalam senarai barangan tersebut merupakan milik syarikatnya iaitu Vida Beauty Sdn Bhd.

"Disebabkan itu, mahkamah benarkan penangguhan sementara dan buat masa ini, tarikh lelongan baru belum dikeluarkan lagi," katanya ketika dihubungi pemberita di sini pada Isnin.

Beliau turut memberitahu bahawa sehingga tarikh ini, pihaknya belum menerima sebarang makluman rasmi daripada pihak Datuk Vida untuk menyelesaikan kes tersebut.

Tinjauan di kediaman Datuk Vida pada Isnin mendapati, kawasan kediaman tersebut lengang, aktiviti dan rutin harian oleh kakitangannya berjalan seperti biasa.
Tinjauan di kediaman Datuk Vida pada Isnin mendapati, kawasan kediaman tersebut lengang, aktiviti dan rutin harian oleh kakitangannya berjalan seperti biasa.

"Beliau tak hubungi saya pun lagi. Saya pun tak terima apa-apa (permohonan) cubaan untuk selesaikan kes ini sama ada melalui Datuk Vida atau peguamnya.

Artikel Berkaitan:

"Apa-apa pun kami akan teruskan dengan urusan selanjutnya mengikut prosedur yang ditetapkan mahkamah," katanya.

Sementara itu, tinjauan di kediaman Datuk Vida mendapati, kawasan kediaman tersebut lengang, aktiviti dan rutin harian oleh kakitangannya berjalan seperti biasa.

Media dimaklumkan bahawa Datuk Vida masih berada di luar negara dan belum pulang ke tanah air.

Sebelum ini media melaporkan, sekurang-kurangnya 727 barangan milik Datuk Vida termasuk empat kenderaan mewah iaitu dua Vellfire, satu Toyota Grand Hiace dan sebuah BMW X7 disita selepas usahawan itu gagal menjelaskan bayaran baki tunggakan kepada syarikat kontraktor pembinaan, Ah Design Communication sebanyak RM1,060,285 sejak 2018.

Kesemua barangan yang disita itu dilapor tidak dibenarkan dibawa keluar dan sekiranya hutang tersebut tidak dijelaskan, satu acara lelongan akan diadakan pada 9 Disember.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!