Tiga beranak dikebumikan satu liang lahad

Empat sekeluarga maut kereta bertembung dengan treler muatan bahan binaan di Sungai Siput malam tadi.
Empat sekeluarga maut kereta bertembung dengan treler muatan bahan binaan di Sungai Siput malam tadi.
A
A
A

KOTA BHARU - Jenazah tiga beranak yang maut dalam kemalangan jalan raya di Jalan Ipoh- Kuala Kangsar di Sungai Siput, Perak malam tadi selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Jambu, Panji di sini pada jam 6 petang tadi.

Jenazah Lans Koperal Mohamad Faiz Bakhri, 28, dan isterinya, Nik Iedayu Nik Hasan, 30, serta anak bongsu mereka, Mohammad Faqih Irshad Mohamad Faiz, 2, selamat dikebumikan dalam satu liang lahad.

Suasana hiba menyelubungi kediaman ibu Allahyarham Mohamad Faiz apabila tiga van yang membawa jenazah tiga beranak itu tiba jam 4.50 petang.

Jenazah disembahyangkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chempaka, Ahmad Fathan Mahmood.

Seawal jam 4 petang lagi sanak saudara dan penduduk kampung membanjiri tanah perkuburan itu bagi memberi penghormatan kepada Allahyarham Mohamad Faiz.

ARTIKEL BERKAITAN: Makan malam terakhir, empat sekeluarga maut nahas

Sementara itu, jenazah Nik Ifieka Nik Hassan, 28, iaitu adik kepada Allahyarham Nik Idayu pula dibawa pulang ke Jejulok, Bachok.

Anak sulung pasangan itu, Mohammad Fariz Iskandar Mohamad Faiz, 3, yang cedera parah akibat kemalangan kini mendapat rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).

Dalam kejadian kira-kira 10.20 malam tadi, empat sekeluarga maut selepas kereta yang mereka naiki bertembung dengan sebuah treler di KM37, Jalan Ipoh-Kuala Kangsar berhampiran Kampung Salak Stesyen.

ARTIKEL BERKAITAN: Empat sekeluarga maut: Pemandu treler direman

Artikel Berkaitan: