‘MIC tak setuju formula kerusi penyandang' - Saravanan

Saravanan ketika menyampaikan ucapan sempena Sambutan Jubli Emas BN di Dewan Tun Razak 4 di WTCKL pada Sabtu.
Saravanan ketika menyampaikan ucapan sempena Sambutan Jubli Emas BN di Dewan Tun Razak 4 di WTCKL pada Sabtu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Barisan Nasional (BN) digesa tidak meneruskan tradisi pembahagian kerusi dimenangi kepada parti penyandang untuk bertanding dalam pilihan raya akan datang.

Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan berkata, beliau tidak bersetuju jika hanya penyandang yang dibenarkan untuk terus bertanding di kerusi yang dimenangi.

“MIC tidak setuju dengan formula kini yang mana kerusi menang akan dikekalkan. Tidak sesuai untuk MIC dan UMNO.

“Ini formula salah, MIC mati-mati tidak akan setuju,” katanya ketika menyampaikan ucapan sempena Sambutan Jubli Emas BN di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada Sabtu.

Tambah Saravanan, UMNO tidak akan memiliki kerusi Cameron Highlands sekiranya tradisi tersebut dilaksanakan pada pilihan raya kecil (PRK) lalu.

Beliau berkata, tindakan MIC menyerahkan kerusi Tanjung Piai kepada MCA juga menunjukkan penolakan parti itu terhadap tradisi kerusi penyandang tersebut.

“MIC menang Cameron Highlands, bukan kalah tetapi apabila kita lihat lebih sesuai calon UMNO menang, kita serahkan kerusi kepada UMNO.

“Kalau nak guna formula sekarang...menang simpan kerusi, kita tak beri Cameron Highlands kepada UMNO...sama juga Tanjung Piai.

Artikel Berkaitan:

“Pendirian kita nak letak calon UMNO tetapi Presiden BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi buat keputusan serah kepada MCA,” ujarnya.

Saravanan berkata, sebelum ini, ketua-ketua sayap pemuda BN secara automatik akan diberikan peluang untuk bertanding dalam pilihan raya.

“Kalau dulu dah jadi ketua bahagian, mesti akan jadi calon bertanding. Kalau nak guna formula ini, sampai mati kita tidak akan jadi calon,” katanya lagi.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!