Verstappen bakal bergelar bapa

Verstappen bakal jadi bapa selepas Piquet hamil.
Verstappen bakal jadi bapa selepas Piquet hamil.
A
A
A

JUARA Dunia Formula Satu (F1), Max Verstappen, bakal menjadi bapa buat kali pertama selepas mengumumkan pada Jumaat bahawa pasangannya, Kelly Piquet, hamil.

“Mini Verstappen-Piquet dalam perjalanan. Kami tidak dapat lebih bahagia dengan keajaiban kecil kami,” kata Verstappen di Instagram.

Sebagai rekod, Piquet merupakan anak perempuan bekas pemandu F1 Brazil, Nelson Piquet.

Beliau dan Verstappen menjadi pasangan sejak 2020, dan Piquet mempunyai seorang anak perempuan hasil hubungan sebelum ini dengan bekas pemandu F1 Rusia, Daniil Kvyat.

Pengumuman Verstappen dibuat semasa Grand Prix Abu Dhabi yang menandakan berakhirnya musim F1.

Pemandu Red Bull dari Belanda itu meraih gelaran dunia keempat berturut-turut di Las Vegas dua minggu lalu.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!