Tiga pusat beli-belah anjur pelbagai aktiviti sempena Krismas

Francis (berdiri lima dari kiri) ketika melancarkan Kampung Krismas Eropah di Suria KLCC baru-baru ini.
Francis (berdiri lima dari kiri) ketika melancarkan Kampung Krismas Eropah di Suria KLCC baru-baru ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Tiga pusat beli-belah ikonik, Suria KLCC di ibu negara, Alamanda di Putrajaya dan Mesra Mall di Kemaman, Terengganu menganjurkan pelbagai aktiviti bagi memeriahkan sambutan Krismas pada tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd, Francis Tan berkata, kempen Krismas ketiga-tiga pusat beli-belah itu bermula pada 22 November hingga 25 Disember (Suria KLCC), 22 November hingga 1 Januari 2025 (Alamanda) dan 5 hingga 31 Disember (Mesra Mall) yang menawarkan banyak peluang kepada pengunjung untuk bergembira, berkongsi keceriaan musim perayaan ini.

Menurutnya, laman 'Centre Court' Suria KLCC ditransformasikan menjadi sebuah pasar percutian yang indah, menampilkan gerai-gerai menarik dalam rekaan bingkai bangunan kayu tradisional Eropah.

Pokok Krismas ikonik setinggi 100 kaki (30 meter) di Esplanade KLCC, sekali lagi bergemerlapan dengan hiasan dan kilauan lampu, menjadi tumpuan utama.
Pokok Krismas ikonik setinggi 100 kaki (30 meter) di Esplanade KLCC, sekali lagi bergemerlapan dengan hiasan dan kilauan lampu, menjadi tumpuan utama.

"Pokok Krismas ikonik setinggi 100 kaki (30 meter) di Esplanade KLCC, sekali lagi bergemerlapan dengan hiasan dan kilauan lampu, menjadi tumpuan utama kemeriahan sambutan Krismas tahun ini," katanya.

Tambah beliau, Suria KLCC juga menawarkan lebih nilai kepada pelanggan pada musim perayaan ini dengan mereka yang berbelanja RM2,500 ke atas dalam dua resit akan menerima e-baucar beli-belah Suria KLCC bernilai RM100 melalui Program Ganjaran Pembeli.

Francis berkata, di Alamanda Putrajaya mereka yang berbelanja lebih RM500 akan menerima e-baucar Alamanda bernilai RM30, manakala pembeli yang berbelanja RM1,500 atau lebih akan mendapat e-baucar bernilai RM80.

“Di Mesra Mall pula, mereka yang berbelanja RM350 ke atas dalam dua resit akan menerima hadiah eksklusif iaitu Periuk Labu 8L," jelasnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!