Anggota penguat kuasa diugut, motosikal dilanggar

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

SUBANG JAYA - Belum reda isu warga emas dikasari anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), kini timbul pula kes penguat kuasa dari pihak berkuasa tempatan (PBT) itu diugut dalam satu kejadian di kawasan Puchong Prima.

Selain diugut, motosikal penguat kuasa berkenaan turut dilanggar seorang lelaki dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu.

Menurut sumber, sewaktu kejadian, dua anggota terlibat sedang membuat rondaan di kawasan berkenaan sebelum didatangi lelaki terbabit dalam keadaan marah.

"Lelaki berkenaan dikatakan berang apabila gambar keretanya yang diparkir luar petak diambil oleh penguat kuasa MPSJ terbabit.

"Dia mencabar supaya saman dikeluarkan ke atas keretanya dan mengugut untuk menghancurkan motosikal dan memecahkan muka penguat kuasa terlibat jika kompaun dikenakan," katanya.

Sumber berkenaan berkata, susulan itu, seorang lagi penguat kuasa mengarahkan pemilik kereta tersebut supaya mengalihkan kenderaannya.

"Semasa hendak beredar, pemilik kenderaan itu telah mengundurkan keretanya dan melanggar motosikal anggota penguat kuasa yang merupakan hak milik MPSJ.

"Penguat kuasa itu cuba untuk mengejar, namun tidak sempat. Mereka membuat laporan polis selepas itu," katanya.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Risikin Satiman ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian tersebut.