Saksi kemalangan pemandu mabuk rempuh remaja dicari

Laporan Sinar Harian berkaitan kes kemalangan yang menyebabkan dua remaja maut dalam kejadian awal pagi kelmarin.
Laporan Sinar Harian berkaitan kes kemalangan yang menyebabkan dua remaja maut dalam kejadian awal pagi kelmarin.
A
A
A

BUTTERWORTH - Polis meminta saksi kemalangan maut dalam kejadian membabitkan sebuah kereta dan motosikal di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR) pada 11 Februari lalu tampil bagi menyalurkan maklumat.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, maklumat mengenai insiden tersebut boleh disalurkan kepada pegawai penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah SPU, Inspektor Nur Syafinaz di talian 018-2881424 atau 04-5741421.

Menurutnya, saksi juga boleh menghubungi mana-mana balai polis berdekatan untuk tujuan siasatan kes.

Keadaan kereta selepas merempuh sebuah motosikal sehingga menyebabkan kematian dua remaja, 11 Februari lalu.
Keadaan kereta selepas merempuh sebuah motosikal sehingga menyebabkan kematian dua remaja, 11 Februari lalu.

"Kita memerlukan maklumat daripada saksi kejadian untuk membantu siasatan," katanya ketika dihubungi tadi.

ARTIKEL BERKAITAN: Dua sahabat maut dirempuh pemandu mabuk

Dalam kejadian jam 2.40 pagi, 11 Februari lalu, dua lelaki maut selepas dirempuh pemandu mabuk dalam kejadian di Kilometer 13.0 Lebuhraya BORR di sini.

Mangsa, Muhamad Syaiful Hilmi Rosidi, 21, dan Muhammad Amin Najmi Azaman,19, maut di tempat kejadian selepas cedera parah di bahagian kepala dan badan.

Siasatan awal mendapati kedua-dua mangsa yang menaiki motosikal jenis Yamaha 125ZR dirempuh kereta Toyota Vios dipandu wanita berusia 47 tahun dari arah belakang.

Artikel Berkaitan:

Pemandu kereta yang bekerja sebagai jurujual itu dalam perjalanan dari sebuah pusat hiburan di Jalan Raja Uda ke rumah ibunya di Kepala Batas.

Ujian alkohol dijalankan terhadap wanita terbabit turut mendapati dia memandu di bawah pengaruh alkohol.