X

Kindly register in order to view this article
!

Polis cari pemilik akaun Facebook Kelvin Cao

Kelvin Cao
Polis menyiasat akaun Facebook yang menggunakan nama Kelvin Cao kerana memuat naik beberapa kenyataan berbaur penghinaan.
A
A

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan ke atas pemilik akaun Facebook yang menggunakan nama Kelvin Cao kerana memuat naik kenyataan yang berbaur penghinaan kepada agama Islam.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman (Risikan dan Operasi), Datuk Mohd Roze Shaari berkata, siasatan dibuat Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman sejak 10 Februari lalu.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 505(C) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia (AKM).

"Setakat ini belum ada tangkapan dibuat dan usaha mengesan individu terbabit masih giat dilakukan," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Terdahulu, satu akaun Facebook yang menggunakan nama Kelvin Cao tular selepas memuat naik kenyataan berbaur penghinaan kepada agama Islam.

Malah kenyataan terbabit turut diselitkan dengan ayat berbaur lucah hingga mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Sebelum ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador mengingatkan bahawa tiada lagi amaran dikeluarkan terhadap pihak yang cuba membangkitkan sensitiviti perkauman, bangsa dan agama, sebaliknya mereka yang terbabit akan disiasat dan ditangkap serta-merta.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus