Ibu diserang sakit jantung selepas anak dijangkiti Covid-19 diugut bunuh

Seorang wanita meninggal dunia akibat serangan jantung selepas terkejut dengan berita anaknya dijangkiti Covid-19.
Seorang wanita meninggal dunia akibat serangan jantung selepas terkejut dengan berita anaknya dijangkiti Covid-19.
A
A
A

PATAKHALI - Seorang wanita diserang sakit jantung secara tiba-tiba sebelum disahkan meninggal dunia selepas dikejutkan dengan berita anaknya dijangkiti koronavirus (Covid-19).

Renuka Roptan, 56, sebelum itu panik apabila penduduk Kampung Patakhali, Bangladesh kecoh mengatakan anaknya, Ratan Roptan, 35, perlu dibunuh kerana positif Covid-19, lapor bdnews 24.

Pengerusi Majlis Kesatuan Padmakur, Ataur Rahman berkata, Ratan baru pulang dari India kerana menziarahi saudaranya dan sebaik tiba di kampung, dia mengalami batuk dan selesema.

Menurutnya, pekerja kesihatan di Bhomra Land Port tempat Ratan bekerja menghantarnya ke Hospital Satkhira untuk menjalani ujian darah.

“Ratan terus pulang ke rumah selepas itu sebelum dia didatangi pihak hospital untuk memaklumkan keputusan ujian kesihatan.

“Pada masa yang sama, suasana kampung berkenaan kecoh apabila terdapat khabar angin Ratan akan dibunuh kerana dijangkiti Covid-19,” katanya.

Katanya, Renuka panik sebaik mendengar khabar angin itu dan meninggal dunia selepas mengadu sakit dada.

"Keputusan ujian hospital mendapati Ratan bebas jangkitan Covid-19. Dia bagaimanapun bersedih atas kehilangan ibu disebabkan khabar angin yang disebarkan penduduk kampung," katanya.

Artikel Berkaitan: