Tular pembelian kereta Camry kerajaan negeri Johor

Tular pembelian kereta Camry kerajaan negeri Johor
Tular pembelian kereta Camry kerajaan negeri Johor
A
A
A

JOHOR BAHRU - Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim hari ini meminta penjelasan Menteri Besar Johor Datuk Dr Sahruddin Jamal berhubung pembelian kereta Toyota Camry bernombor flat JDT13.

Beliau turut mempersoalkan kewajaran pembelian kereta yang dikatakan untuk kegunaan Menteri Besar dan Exconya.

"Saya selaku Ahli Parlimen kerajaan Pakatan Harapan ingin bertanya kepada Menteri Besar Johor dari parti Pakatan Harapan satu soalan: Adakah benar seperti yang diviralkan oleh media sosial pembangkang Johor bahawa Kerajaan Negeri Johor telah membeli kereta-kereta Camry baru bagi para Exco dan MB?

"Soalan saya adakah munasabah tindakan Kerajaan Negeri Johor membeli kereta baru untuk MB dan para EXCOnya ketika rakyat masih mengeluh dan marah-marah dengan kenaikan cukai tanah yang sesetengahnya begitu mendadak tinggi naiknya?" katanya melalui Facebooknya hari ini.

Pembelian kereta baharu oleh kerajaan negeri Johor itu tular di Facebook hari ini dan menerima pelbagai reaksi daripada netizen.

Sementara itu, Pejabat Menteri Besar Johor ketika dihubungi memaklumkan tiada ulasan untuk diberikan berhubung perkara tersebut setakat ini.

Artikel Berkaitan: