X

Kindly register in order to view this article
!

GMIE lancar pembukaan pusat pameran mainan kanak-kanak

Dari kiri: Tuck Chee, Seng Kok dan T C Oh melihat produk mainan selepas merasmikan pembukaan Bilik Pameran Produk Bayi dan Mainan GM Malaysia di Klang semalam.
A
A

KLANG - GM International Exhibition (M) Sdn Bhd (GMIE) melancarkan pembukaan Pusat Pameran Produk Mainan dan Kanak-Kanak GM Malaysia di Pusat Pemborong GM Klang di sini semalam.

Pusat pameran yang pertama di Asia Tenggara seluas kira-kira 1114.8 meter persegi itu turut menarik 120 syarikat dari China untuk mempamerkan produk mereka.

Pengarah Urusan GM Klang, Datuk Lim Seng Kok berkata, matlamat jangka panjang pusat berkenaan ialah sebagai satu platform untuk mengumpulkan semua pengusaha dan pengilang produk kanak-kanak di seluruh dunia.

ADUN Pandamaran, Leong Tuck Chee (tiga dari kiri), Seng Kok (empat dari kiri), Pengarah Pemasaran GM International Exhibition (M) Sdn Bhd, T C Oh (empat dari kanan) dan Presiden Persatuan Mainan Indonesia, Sutjiadi Lukas (tiga dari kanan) bergambar selepas menandatangani perjanjian semalam.

“Melalui pembukaan ini, pengusaha dan pengilang dari seluruh dunia dapat mempamerkan produk terbaru mereka dalam pasaran antarabangsa,” katanya pada sidang media selepas pelancaran pembukaan pusat pameran itu di sini semalam.

Mengulas lanjut, Seng Kok berkata, sasaran utamanya selepas ini adalah untuk memasuki pasaran Indonesia menerusi sokongan daripada Asosiasi Mainan Indonesia (AMI).

Selain itu, katanya, usaha berkenaan turut membuka peluang kepada pengilang serta pengusaha di negara berkenaan untuk menjalin kerjasama dengan GMIE.

“Seperti kita maklum, pasaran perniagaan dunia sedikit terjejas ekoran perang dagang antara China dan Amerika Syarikat.

“Berikutan itu, pasaran terbesar buat masa ini adalah di Indonesia dan langkah ini menjadi satu peluang keemasan buat GMIE,” katanya.

Tuck Chee (empat dari kanan), Seng Kok (tiga dari kiri), T C Oh (kiri) dan Sutjiadi (dua dari kiri) memotong reben pada pembukaan Bilik Pameran Produk Bayi dan Mainan GM Malaysia di Klang semalam.
Tuck Chee (empat dari kanan), Seng Kok (tiga dari kiri), T C Oh (kiri) dan Sutjiadi (dua dari kiri) memotong reben pada pembukaan Bilik Pameran Produk Bayi dan Mainan GM Malaysia di Klang semalam.

Sementara itu, Pengarah GMIE, Kelvin Oh berkata, pusat pameran itu juga tidak dibuka kepada umum atau pelanggan berikutan ia menyasarkan pembekal dan pengedar kecil-kecilan.

Menurutnya, pihaknya berharap GMIE akan mendapat peluang lebih besar pada masa hadapan bagi mengembangkan lagi perniagaan di rantau Asia Tenggara dan dunia.

Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!