Covid-19: JKNJ nafi arah tutup kelas

JKNJ menafikan mengarah penutupan kelas di sebuah sekolah di Johor Bahru akibat Covid-19.
JKNJ menafikan mengarah penutupan kelas di sebuah sekolah di Johor Bahru akibat Covid-19.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) nafi mengarahkan sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan (SJKC) di Johor Bahru menutup sebuah kelas dan melarang murid mendekati kelas itu kerana ibu bapa seorang murid disahkan dijangkiti wabak koronavirus (Covid-19) yang tular di media sosial.

Pengarah JKNJ, Dr Aman Rabu berkata, salah seorang murid di kelas itu merupakan kontak kes Covid-19 yang dirawat di Singapura sejak 10 Februari lepas.

“JKNJ menjalankan pengesanan kontak kes Covid-19 termasuk langkah-langkah pencegahan dan kawalan di kediaman kes. Terdapat tiga kontak rapat yang dikenal pasti iaitu isteri dan dua anak mereka berumur enam dan lapan tahun.

"Hasil siasatan ke atas kedua-dua kanak-kanak itu mendapati mereka negatif jangkitan Covid-19 dan masih diisolasi di hospital sebagai kontak kes positif manakala status isteri pesakit masih dalam siasatan hospital," katanya.

Mengulas lanjut, Dr Aman berkata, pihak jabatan tidak pernah mengarahkan pihak sekolah menjalankan tindakan penutupan mahupun menghalang murid sekolah itu daripada menghadiri kelas berikutan ancaman jangkitan Covid-19.

"Pihak sekolah mendapat maklumat daripada sumber lain yang belum disahkan dan mengambil tindakan pencegahan jangkitan sendiri," katanya.

Artikel Berkaitan: