Kes pertama Covid-19 dilaporkan di London

Angkara virus tersebut, pekerja di sebuah kedai di kota tersebut mula melakukan pembersihan bagi mengelak penularan wabak.
Angkara virus tersebut, pekerja di sebuah kedai di kota tersebut mula melakukan pembersihan bagi mengelak penularan wabak.
A
A
A

LONDON - Kes pertama disahkan koronavirus (Covid-19) dilaporkan di bandar raya London semalam, lapor agensi berita Anadolu memetik media tempatan.

Mangsa seorang wanita dipercayai dibawa pulang dari China, tempat beliau disyaki dijangkiti virus itu.

Wanita itu kini dirawat di sebuah hospital London.

Awal minggu ini, kerajaan British mengisytiharkan Covid-19 sebagai ancaman serius dan pasti akan mengancam kesihatan awam.

"Seorang lagi pesakit di England telah diuji positif Covid-19, menjadikan jumlah kes di United Kingdom sembilan kes," kata Ketua Pegawai Perubatan Britain, Prof Chris Whitty.

"Virus itu disebarkan dari China dan pesakit telah dipindahkan ke pusat pakar NHS di 'Guy and St Thomas' di London," katanya.

Gabenor Bank of England Mark Carney mengatakan dari perspektif ekonomi, virus itu telah mengatasi sistem pernafasan akut teruk (SARS).

Jumlah kematian di seluruh dunia kini melebih 1,100, dengan bilangan keseluruhan kes hampir 45,000. - Bernama

Artikel Berkaitan: