Dua lelaki tak jadi rompak, terkejut alat penggera berbunyi

Cubaan dua penjenayah melarikan barang kemas gagal selepas alat penggera keselamatan berbunyi.
Cubaan dua penjenayah melarikan barang kemas gagal selepas alat penggera keselamatan berbunyi.
A
A
A

IPOH - Dua penjenayah bukan sahaja terkejut malah terus melarikan diri sebelum sempat merompak apabila alat penggera keselamatan berbunyi di sebuah kedai emas di Jalan Sultan Iskandar di sini hari ini.

Penggera itu dibunyikan pemilik premis berkenaan selepas dua lelaki bertopi keledar memasuki premis berkenaan secara melulu termasuk seorang daripadanya bersenjatakan kayu dalam kejadian jam 12.25 tengah hari.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintendan Mohamad Nordin Abdullah berkata, suspek yang membawa kayu memukul meja kaca pameran sebanyak dua kali sementara rakannya bersedia membawa beg galas.

"Bagaimanapun, sebaik pemilik membunyikan penggera kecemasan, kedua-dua suspek bertindak melarikan diri menaiki sebuah motosikal.

"Ketika kejadian, suspek memakai baju kemeja berwarna putih dan kelabu serta berseluar panjang. Setakat ini jenis dan nombor pendaftaran motosikal digunakan belum dapat dikenal pasti," katanya.

Kerugian hanya melibatkan meja kaca yang telah retak akibat diketuk suspek. (Gambar kecil:Mohamad Nordin Abdullah)
Kerugian hanya melibatkan meja kaca yang telah retak akibat diketuk suspek. (Gambar kecil:Mohamad Nordin Abdullah)

Menurutnya, tiada sebarang kecederaan atau kehilangan barang kemas susulan kejadian itu.

Artikel Berkaitan:

"Kerugian hanya melibatkan meja kaca yang telah retak akibat diketuk suspek.

"Usaha mengesan suspek digerakkan dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan," katanya.