Penjaga kubur dedah kebaikan Abam Bocey
GOMBAK - "Seorang perempuan membawa anaknya naik motor, merayu untuk masuk ziarah kubur Abam," Itu kata-kata penjaga kubur yang dikongsi oleh Ustaz Mohamed Hanafiah Abdul Malek ketika menziarah kubur Abam Bocey atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, 32, hari ini.
Ustaz Hanafiah berkata, kisah itu berlaku jam 10.30 malam tadi ketika penjaga kubur mahu pulang ke rumah.
Ketika mahu menutup pagar, dia didatangi seorang wanita bersama anaknya menaiki motosikal.
Bertanya kepada wanita itu tujuan kehadirannya ke kubur Allahyarham, dia menceritakan kebaikan di mana sepanjang hayatnya, Allahyarham menampung segala perbelanjaan sekolah anak-anaknya.
Kata Ustaz Hanafiah di Instagram miliknya, itulah kelebihan bersedekah apabila ramai mengingati kebaikan kita ketika tiada lagi di dunia.
Beliau juga sempat berkongsi pengalaman ketika solat jenazah Allahyarham Mr Os atau nama sebenarnya Mohd Yusof Abdul Hamid dan Pak Yus atau namanya Yussry Edoo di mana ramai menghadiri ketika pemergian mereka seperti mana pemergian Abam Bocey.
Katanya, beliau meminta masyarakat mencontohi kebaikan yang dilakukan oleh Allahyarham iaitu bersedekah kerana jika kematian itu berlaku, amalan dan persiapan itu adalah bekalan yang akan dibawa.
Kata netizen, rossyjumma, "Allahuakhbar MasyaALLAH, luhurnya hati arwah...tangan kanannya memberi, tangan kirinya tak tau kebaikan yang dia buat. Betapa arwah tak menginginkan kemegahan bila membuat kebaikan."
Dalam pada itu, setakat jam 6 petang, perkongsian video berdurasi hampir 2 minit temu bual ustaz Hanafiah bersama penjaga kubur itu mencecah 52,306 tontonan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
- Iklan -Penggambaran filem, drama dalam studio dibenarkan
12 Mei 2021 01:20pmPek NJOI HD terbaharu tawarkan pengalaman tontonan terhebat
05 Mei 2021 10:25amNora perjelas gosip kahwin dengan Annuar Musa
29 April 2021 03:20pmWanita Asia menang Pengarah Filem Terbaik Oscar
26 April 2021 01:55pmDigilis lori: Murid Tahun Empat maut selepas 24 jam bertarung nyawa
23 September 2026 04:15pmPenyanyi antara lima maut helikopter terhempas
23 September 2026 02:48pmPolis kesan pemilik, kru bot didakwa tidak ambil mayat mangsa bot karam
23 September 2026 12:15pmROS batal Perikatan Nasional?
23 September 2026 07:15pm[VIDEO] Selak baju jiran sedang tidur, tukang mesin rumput dipenjara 11 bulan
23 September 2026 01:45pm- Iklan -- Iklan -
