Masjid Jamek Seremban
Rumah ibadah bagi umat Islam yang terletak di Jalan Tun Dr Ismail, Seremban merupakan masjid yang tertua di Negeri Sembilan.
Dibina pada tahun 1900 oleh Dato Bandar Haji Ahmad Ali dan keluarga Sheikh Abdul Kadir iaitu seorang pendakwah terkenal dari Tanah Arab. - Foto Bernama
Menara masjid yang dibina pada tahun 1924 yang dahulunya tempat untuk melaungkan azan masih kukuh dan dijaga untuk memastikan nilai estetika pada bangunan pusat ibadat itu terus dipertahankan. - Foto Bernama
Seni bina masjid ini mirip kepada bangunan yang terdapat di Melaka dan mampu memuatkan kira-kira 2,000 jemaah pada satu-satu masa. - Foto Bernama
A
A
A