Tiong Choon hilang kelayakan sebagai ADUN Pujut

Dr Ting Tiong Choon
Dr Ting Tiong Choon
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Mahkamah Persekutuan hari ini membenarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak untuk membatalkan kelayakan wakil rakyat DAP, Dr Ting Tiong Choon sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut.

Menurut akhbar Borneo Post, Persekutuan memutuskan DUN mempunyai kuasa untuk membatalkan kelayakan Tiong Choon kerana beliau mempunyai dua kerakyatan iaitu Malaysia dan Australia meskipun melepaskan satu daripadanya sebelum bertanding pada pilihan raya negeri yang lalu.

Pada 25 Julai tahun lalu, Mahkamah Persekutuan membenarkan permohonan DUN Sarawak untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan atas pelucutan status Tiong Choon.

Permohonan itu dikemukakan tiga pihak, iaitu Speaker DUN, Mohd Asfia Awang Nassar, Wong Soon Koh sebagai menteri kanan negeri itu dan DUN Sarawak.

Sebelum itu pada 17 Jun 2017, Mahkamah Tinggi memutuskan pembatalan status Tiong Choon sebagai ADUN Pujut kerana tidak mematuhi undang-undang.

Pada 13 Julai, Mahkamah Rayuan memutuskan DUN melangkaui kuasanya apabila melucutkan Tiong Choon sebagai wakil rakyat kerana beliau sudah memulangkan kewarganegaraan Australia sebelum memenangi kerusi DUN Pujut pada pilihan raya negeri, Mei 2016.

Pada 12 Mei 2017, Tiong Choon dilucutkan statusnya sebagai ADUN selepas Soon Koh yang ketika itu Menteri Perdagangan Antarabangsa dan e-Dagang Sarawak membentangkan satu usul dalam DUN.

Asfia, Soon Koh dan DUN Sarawak membawa kes itu ke Mahkamah Persekutuan, selepas Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi Kuching menolak pelucutan status Ting sebagai ADUN Pujut.

Artikel Berkaitan:

Pada pilihan raya negeri Sarawak 2016, Tiong Choon memenangi pertandingan empat penjuru di DUN Pujut dengan majoriti 1,759 undi, menewaskan Hii King Chiong (BN), Jofri Jaraiee (Pas) dan Fong Pau Teck (Bebas).