Public Bank bantu pelanggan terlibat koronavirus

619013
619013
A
A
A

KUALA LUMPUR - Public Bank dan Public Islamic Bank melaksanakan Program Bantuan Relif bagi membantu pelanggannya yang terlibat dengan wabak koronavirus.

Pengarah Urusan Public Bank, Tan Sri Tay Ah Lek menerusi satu kenyataan memaklumkan Public Bank bertimbang rasa terhadap pelanggan yang berhadapan kekangan kewangan jangka pendek disebabkan situasi luar jangkaan itu.

Menurutnya, memandangkan kebimbangan mengenai jangkitan koronavirus semakin memuncak dan dijangka menjejaskan industri serta perniagaan, pihak bank berharap program tersebut dapat membantu mengurangkan kesulitan dialami pelanggan.

“Public Bank menawarkan moratorium sehingga enam bulan bagi bayaran ansuran bulanan untuk pinjaman dan pembiayaan kepada pelanggan individu dan perniagaan yang terlibat berkuat kuasa serta-merta.

“Pihak bank juga akan menyesuaikan permintaan pelanggan terlibat untuk menstruktur atau menjadualkan semula pinjaman serta pembiayaan mereka bagi membantu dari segi aliran tunai pada waktu sukar ini,” katanya.

Beliau berkata, pelanggan yang memerlukan bantuan daripada program tersebut dinasihatkan ke cawangan Public Bank dan Public Islamic Bank di mana akaun mereka disenggara atau menghubungi talian 1800225555.

Artikel Berkaitan: