Filipina gesa tutup syarikat media ABS-CBN

Calida memfailkan petisyen menggesa penamatan francais penyiar ABS-CBN di hadapan Mahkamah Agung di Manila, Filipina hari ini. - Foto Agensi
Calida memfailkan petisyen menggesa penamatan francais penyiar ABS-CBN di hadapan Mahkamah Agung di Manila, Filipina hari ini. - Foto Agensi
A
A
A

MANILA - Penasihat kerajaan Filipina hari ini menggesa Mahkamah Agung untuk menamatkan francais ABS-CBN, kumpulan media terbesar negara itu, dalam serangan baharu terhadap kebebasan akhbar di bawah Presiden Rodrigo Duterte.

Petisyen Peguam Cara yang difailkan dengan mahkamah tertinggi negara itu menyatakan bahawa ABS-CBN melanggar peruntukan francais operasinya yang berusia 25 tahun.

“Kami mahu menghentikan apa yang kami dapati sebagai amalan salah guna oleh syarikat media itu,” kata Peguam Cara, Jose Calida dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, Duterte telah beberapa kali berjanji akan menamatkan operasi siaran ABS-CBN yang membangkitkan kemarahannya ketika kempen Pilihan Raya Presiden pada 2016.

ABS-CBN menafikan melakukan sebarang kesalahan mahupun melanggar undang-undang. - AFP

Artikel Berkaitan: