Amaran angin kencang, laut bergelora hingga Rabu ini

Gambar hiasan - Foto 123RF
Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran angin kencang timur laut dan laut bergelora di beberapa kawasan perairan negara yang dijangka berlaku sehingga Rabu ini.

Menurut kenyataan MetMalaysia, kawasan perairan utara Reef South, Labuan, Sabah Barat dan Sabah Timur akan mengalami angin kencang kategori pertama dengan kelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam (kmsj).

Kawasan perairan Samui, Tioman, Utara Bunguran, Reef North, Layang-Layang, Palawan, Sulu, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur akan mengalami angin kencang kategori kedua, 50 hingga 60 kmsj manakala angin kencang kategori ketiga (atas 60 kmsj) berlaku di kawasan perairan Condore. - Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!