Muhyiddin terima kunjungan rakan sejawat

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (dua, kiri) menerima kunjungan hormat rakan sejawatnya dari Maldives, Sheikh Imran Abdulla (dua, kanan) di kediamannya dekat Bukit Damansara, hari ini.
Kunjungan selama satu jam itu antara lain membincangkan mengenai kerjasama dua hala dalam hal berkaitan keselamatan, imigresen dan kepenjaraan. Foto Bernama
Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (dua, kiri) menerima kunjungan hormat rakan sejawatnya dari Maldives, Sheikh Imran Abdulla (dua, kanan) di kediamannya dekat Bukit Damansara, hari ini. Kunjungan selama satu jam itu antara lain membincangkan mengenai kerjasama dua hala dalam hal berkaitan keselamatan, imigresen dan kepenjaraan. Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menerima kunjungan hormat daripada rakan sejawatannya dari Maldives Sheikh Imran Abdulla di kediaman beliau, di sini.

Pejabat Menteri Dalam Negeri dalam kenyataan hari ini berkata, pertemuan selama satu jam itu antara lain membincangkan soal kerjasama dua hala dalam hal berkaitan keselamatan, imigresen dan kepenjaraan.

Antara kerjasama terdahulu antara kedua negara adalah dalam bidang kepenjaraan, di mana Program HRD (Human Resource Development) di Penjara Maldives telah dibangunkan berdasarkan model rehabilitasi Jabatan Penjara Malaysia.

Turut dibincangkan adalah kerjasama politik di mana Muhyiddin adalah merupakan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia, manakala Sheikh Imran Abdulla adalah Presiden Adhaalath Party, Maldives. - Bernama

Artikel Berkaitan: