Sumpah lagu terbaik AJL34

Sumpah lagu terbaik AJL34
Sumpah lagu terbaik AJL34
A
A
A

LAGU Sumpah ciptaan Naim Daniel dan Omar K, menepati ramalan ramai apabila dinobatkan sebagai juara pada Anugerah Juara Lagu ke-34 (AJL34) yang disiarkan secara langsung oleh TV3 dari Axiata Arena, Bukit Jalil di sini, malam tadi.

Lagu dendangan Naim itu melayakkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM50,000, trofi serta baucer CJ Wow Shop bernilai RM10, 000.

Naib juara dimenangi lagu Bangun dendangan Aman Ra yang juga bertindak selaku penulis lirik manakala Navigator sebagai komposer dan membawa pulang hadiah wang tunai RM35,000, trofi dan baucar CJ Wow Shop bernilai RM5, 000.

Lagu Anta Permana yang dinyanyikan Bob Yusuf, ciptaan bersama Hael Hussaini dan Ezra Kong memenangi tempat ketiga dan mendapat wang tunai RM20,000, trofi serta baucar CJ Wow Shop bernilai RM3, 000.

Hafiz Suip meraih kemenangan berganda apabila memenangi trofi Vokal Terbaik dan Persembahan Terbaik memerusi lagu Kisah Cinta Kita dan sekaligus membawa pulang hadiah berupa baucar McDonald’s Malaysia bernilai RM10, 000 serta baucar CJ Wow Shop bernilai RM1, 000 untuk kedua-dua kategori tersebut.

Sementara itu, Haqiem Rusli memenangi anugerah khas daripada penaja Setel, iaitu Anugerah Pilihan Peminat Setel menerusi persembahan Lembah Kesepian.

Persembahan 12 finalis diadili 10 juri profesional daripada pelbagai latar belakang bidang muzik iaitu Ajai (Ketua Juri), Azmeer, Edrie Hashim, Datuk Wah Idris, Altimet, Helen Yap, Datuk Mokhzani, Sharon Paul, Aznul Haidi dan Cat Farish (menggantikan arwah Lok U).

AJL34 kali ini membawa tema ‘Warna Warna Suara' dihoskan oleh Haziq Hussni, Sherry Alhadad, dan Awal Ashaari.

Artikel Berkaitan:

Senarai Lagu Yang Bertanding:

1. Drama

Penyanyi: Drama Band

Komposer: Aepul Roza, Daus SRK, Faeez Ikhwan, Syed Syahmir, Nik Adib

Penulis lirik: Aepul Roza, Daus SRK, Faeez Ikhwan, Syed Syahmir, Nik Adib

2. Ku Bersuara

Penyanyi: Ernie Zakri

Komposer: Syamel, Omar K, Blaine Bakri, John Jeevasingham

Penulis lirik: Syamel, Omar K, Blaine Bakri, John Jeevasingham

3. Anta Permana

Penyanyi: Bob Yusof

Penyanyi Asal: Datuk Seri Siti Nurhaliza

Komposer: Hael Husaini, Ezra Kong

Penulis lirik: Hael Husaini, Ezra Kong

4. Sumpah

Penyanyi: Aina Abdul

Komposer: Aina Abdul

Penulis lirik: Aina Abdul

5. Lembah Kesepian

Penyanyi: Haqiem Rusli

Komposer: Haqiem Rusli

Penulis lirik: Haqiem Rusli, Ibnu & Gouffran

6. Sumpah

Penyanyi: Naim Daniel

Komposer: Naim Daniel, Omar K

Penulis lirik: Naim Daniel

7. Peneman

Penyanyi: Hazama The Penglipurlara

Komposer: Tam

Penulis lirik: Tam

8. Dinda

Penyanyi: Kugiran Masdor

Komposer: Ali Sariah

Penulis lirik: Ali Sariah

9. Bangun

Penyanyi: Aman RA

Komposer: Navigator

Penulis lirik: Aman RA

10. Kisah Cinta Kita

Penyanyi: Hafiz Suip

Komposer: Ikhwan Fatanna, Ayden Ali

Penulis lirik: Datuk A. Aida

11. Ragaman

Penyanyi: Fairuz Misran

Penyanyi Asal: Faizal Tahir

Komposer: Faizal Tahir, Mike Chan, Romeo

Penulis lirik: Faizal Tahir, Jaare, Karim Karam, Mike Chan

12. Rampas

Penyanyi: Akim & The Majistret

Komposer: Hang Nadim, Laq

Penulis lirik: Bunga Cantik