Lelaki ditahan bersama kereta curi

Suspek berjaya ditahan polis di Merapoh, Kuala Lipis hari ini.
Suspek berjaya ditahan polis di Merapoh, Kuala Lipis hari ini.
A
A
A

LIPIS - Sebuah kereta curi berjaya ditemui selepas seorang lelaki ditahan anggota polis di Merapoh di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, suspek berusia 38 tahun ditahan ketika memandu kereta jenis Nissan Almeera di susur keluar Central Spin Road dekat Merapoh, Kuala Lipis di sini.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor berkata, pemeriksaan pada nombor casis dan enjin mendapati kereta dipandu suspek berasal dari Tanah Merah, Kelantan itu masih dilaporkan hilang di Johor Bahru Selatan.

Antara barang rampasan yang ditemui dalam bonet kereta dinaiki suspek.
Antara barang rampasan yang ditemui dalam bonet kereta dinaiki suspek.

"Alat kawalan kereta termasuk serangkai kunci bersama kenderaan terbabit dibawa balik ke balai untuk tindakan lanjut.

"Sembilan barangan seperti peralatan komputer dan telefon bimbit pelbagai jenis yang ditemui dalam sebuah beg galas jenama HP hitam di dalam bonet kereta itu turut dirampas," katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, pemeriksaan fizikal dilakukan terhadap suspek tidak menemui barang salah dan suspek ditahan untuk disiasat di bawah Seksyen 379 A Kanun Keseksaan.

Artikel Berkaitan: