Giliran Jones jejak podium utama

Jones (tengah) menjuarai Peringkat 2 PETRONAS LTdL 2020 dari Kuala Terengganu ke Kerteh sebentar tadi.
Jones (tengah) menjuarai Peringkat 2 PETRONAS LTdL 2020 dari Kuala Terengganu ke Kerteh sebentar tadi.
A
A
A

PELUMBA pasukan Ara Pro Cycling Sunshine Coast, Taj Jones mengungguli Peringkat 2 PETRONAS Le Tour de Langkawi (LTdL) 2020 dari Kuala Terengganu ke Kerteh sebentar tadi.

Jones berjaya menamatkan perlumbaan sejauh 175 kilometer (km) itu dengan catatan catatan masa empat jam 05 minit 29 saat. Tempat kedua dan ketiga masing-masing dimenangi Maximilian Walsceid daripada NTT Team dan Jeremy Lecroq (B&B Hotel Vital Concept), juga dengan catatan sama.

Pelumba Terengganu Cycling Team (TSG), Mohd Harrif Saleh pula muncul sebagai pelumba terbaik Malaysia apabila menamatkan saingan di tempat kelima.

Juara Peringkat 1 semalam, Yevgeniy Fedorov masih kekal mempertahankan Jersi Kuning PETRONAS selaku pendahulu keseluruhan selain Jersi Hijau PETRONAS (Raja Pecut) dan Jersi Putih (Pelumba Terbaik Asia).

Artikel Berkaitan: