Tiga maut nahas tiga Perodua Myvi

Keadaan di lokasi kemalangan membabitkan tiga buah Perodua Myvi dan sebuah motosikal di Jalan Batu Pahat-Kluang, berhampiran Agro Farm, malam tadi. - Foto ihsan bomba

A
A
A

KLUANG - Tiga maut manakala empat lagi parah dalam kemalangan membabitkan tiga Perodua Myvi dan sebuah motosikal di Jalan Batu Pahat-Kluang, berhampiran Agro Farm, di sini malam ini.

Komander Operasi, Penguasa Bomba Kanan II, Rohaizat Hamdan, berkata 25 anggota dengan enam jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penggaram, Batu Pahat dan BBP Kluang ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan jam 8.06 malam.

Keadaan di lokasi kemalangan membabitkan tiga buah Perodua Myvi dan sebuah motosikal di Jalan Batu Pahat-Kluang, berhampiran Agro Farm, malam tadi. - Foto ihsan bomba
Keadaan di lokasi kemalangan membabitkan tiga buah Perodua Myvi dan sebuah motosikal di Jalan Batu Pahat-Kluang, berhampiran Agro Farm, malam tadi. - Foto ihsan bomba

Katanya, pemandu sebuah kereta Perodua Myvi yang masih belum disahkan identitinya, penunggang dan pembonceng motosikal masing-masing dikenali sebagai Suparman, 36, dan Jambong, 63, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian

"Tiga mangsa disahkan meninggal dunia lokasi kejadian dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

"Manakala empat lagi mangsa yang parah dihantar ke Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom, Kluang untuk rawatan selanjutnya, " katanya dalam kenyataan.

Artikel Berkaitan: