Hilang sejak Isnin, di mana Kamal Chandik?

ROMPIN - Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang lelaki Orang Asli yang dilaporkan hilang sejak Isnin.
Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintenden Nor Azman Yusof berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kehilangan, Kamal Chandik, 27, pada Rabu.
Menurutnya, lokasi terakhir lelaki itu dilihat di Kampung Rantau Panjang, Kedaik Asal di sini memakai baju berwarna oren kekuningan dan berseluar hitam.
"Lelaki terbabit berjalan kaki dan menggalas beg berwarna hitam serta membawa sebilah pahat getah.
"Berdasarkan maklumat fizikal, lelaki itu memiliki ketinggian166 sentimeter, berambut kerinting, hidung lebar dan bertubuh sederhana," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Nor Azman berkata, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai lelaki berkenaan diminta tampil ke mana-mana balai polis berdekatan.
Jelasnya, mereka juga boleh menghubungi Pusat Kawalan Daerah (PKD) Ibu Pejabat Polis Daerah Rompin ditalian 09-4145999.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
- Iklan -Bayaran sara hidup peserta empat RPSK dinaikkan kepada RM1,100 sebulan
30 Oktober 2026 09:47pm3,096 anggota bomba komuniti, 632 anggota PBS siap siaga hadapi MTL
29 Oktober 2026 12:00am'Kami takut berlaku kemalangan, jika jalan terus begini’ – Penduduk
28 Oktober 2026 03:52pmTimbalan Mufti Pahang kecewa ceramah generasi ‘strawberi’ terima aduan SISPAA
28 Oktober 2026 09:59amPesilat meninggal dunia selepas pembedahan jari tengah
31 Oktober 2026 07:37amADUN Mata Ayer, Wan Badariah meninggal dunia
31 Oktober 2026 05:32pmDakwa isteri tolak hubungan intim, lelaki rogol adik kandung hingga hamil
31 Oktober 2026 07:15amKes langgar 'hidup-hidup', polis tahan tiga lelaki tular
31 Oktober 2026 09:45am- Iklan -- Iklan -

