Lokman Noor Adam dakwa dipecat UMNO

Lokman Noor Adam
Lokman Noor Adam
A
A
A

KUALA LUMPUR - Datuk Lokman Noor Adam memaklumkan dirinya telah dipecat daripada jawatan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO sebentar tadi.

Menurutnya, beliau tetap bersama UMNO dan meneruskan perjuangannya bagi menentang Pakatan Harapan (PH) dan talibarut dalam UMNO.

“Saya dimaklumkan bahawa saya telah dipecat daripada menjadi ahli UMNO. Saya reda dengan tindakan (Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad) Zahid (Hamidi) ini, namun saya tetap setia kepada UMNO,” katanya dalam satu kenyataan.

ARTIKEL BERKAITAN: Ahmad Zahid perlu letak jawatan, kata Lokman Adam

'Perbuatan Lokman Adam dedah rahsia parti salah, tak bertanggungjawab'

Katanya lagi, apa yang paling penting sekarang adalah rancangan Ahmad Zahid yang mahu mengangkat Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Pengerusi Pakatan Nasional telah gagal.

MKT UMNO petang tadi bermesyuarat bagi membincangkan beberapa perkara terutamanya situasi terkini politik seperti yang didedahkan Lokman sebelum ini iaitu dakwaan adanya gerakan bagi menggabungkan Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) dan UMNO.

Sebelum itu, tular satu video Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos yang mendakwa Lokman dipecat.

Tiada perbincangan kerjasama dengan Bersatu

“Tahniah kepada seluruh ahli MKT, tahniah kepada presiden dan tahniah juga kepada mereka yang mahukan Lokman dipecat,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Dakwa Jamal lagi, dengan pemecatan Lokman ini, maka bermula esok Barisan Nasional (BN) akan diterima menjadi sebahagian daripada kerajaan Malaysia.