Pemulihan bekalan air di Gombak capai 44.8 peratus

Terdahulu, sebanyak 57 kawasan di Gombak dilapor mengalami gangguan bekalan air sementara disebabkan paip pecah di Rumah Pam Hulu Kelang pada jam 5.15 pagi tadi.
Terdahulu, sebanyak 57 kawasan di Gombak dilapor mengalami gangguan bekalan air sementara disebabkan paip pecah di Rumah Pam Hulu Kelang pada jam 5.15 pagi tadi.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pemulihan bekalan air membabitkan 57 kawasan di Gombak yang terjejas susulan gangguan tidak berjadual sejak pagi tadi mencapai tahap pemulihan 44.8 peratus sehingga jam 6 petang tadi.

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Abdul Halem Mat Som berkata, kerja-kerja pembaikan paip pecah di Rumah Pam Hulu Kelang yang menjadi punca gangguan bekalan siap pada jam 2.20 petang tadi.

Menurutnya, bekalan air mula disalurkan ke kawasan terjejas dan 26 daripada 57 kawasan pulih sepenuhnya.

“Air Selangor berusaha mempercepatkan proses pemulihan bekalan sekali gus meminimumkan impak gangguan kepada pelanggan.

“Pemulihan bekalan air kepada pelanggan bergantung kepada kedudukan geografi dan altitud premis pelanggan.

“Kawasan yang berhampiran dengan sistem agihan dijangka menerima bekalan lebih awal,” katanya melalui satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, Air Selangor akan memaklumkan perkembangan berkaitan dari semasa ke semasa menerusi media sosial Twitter, Facebook, Instagram, aplikasi telefon pintar Air Selangor dan laman sesawang www.airselangor.com.

Terdahulu, sebanyak 57 kawasan di Gombak dilapor mengalami gangguan bekalan air sementara disebabkan paip pecah di Rumah Pam Hulu Kelang pada jam 5.15 pagi tadi.

Artikel Berkaitan:

Berikutan daripada insiden itu, paras air Kolam Air Madonna turut mengalami penurunan ke paras 0.72 meter berbanding jumlah asal sekitar 4 meter.