Pemilik kedai pakaian Adidas tiruan didenda RM20,000

Antara pakaian dirampas dalam operasi pada Selasa lalu. Foto: Ihsan KPDNHEP
Antara pakaian dirampas dalam operasi pada Selasa lalu. Foto: Ihsan KPDNHEP
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Dua pemilik kedai pakaian masing-masing didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini kerana memiliki 571 helai pakaian berjenama Adidas tiruan di premis perniagaan mereka pada 4 Februari lalu.

Mohd Tammi Mohd Yusof, 33, dan Mohd Hisham Zawawi, 45, mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu di hadapan Hakim, Nooriah Osman.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu sekitar jam 11.30 pagi hingga 11.40 pagi di dua buah premis berasingan di Pekan Bukit Payong, Selasa lalu.

Pertuduhan mengikut Seksyen 102 (1) (c) Akta Cap Dagangan 2019 dan dihukum di bawah Seksyen 102 (1) (ii) akta yang sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM 10,000 bagi setiap barang- barang yang dipakaikan dengan salah cap dagangan berdaftar atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan bagi kes itu dijalankan oleh Pegawai Pendakwa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Terengganu, Hishamuddin Rosnan manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

KPDNHEP Terengganu merampas 571 helai pakaian bernilai RM19,985 yang menggunakan cap dagangan secara salah menggunakan jenama Adidas.

Rampasan itu dilakukan melalui Ops Jeriji yang dijalankan bersama wakil pemilik cap dagang berdaftar antara jam 11 pagi hingga 3 petang pada Selasa lalu.

Artikel Berkaitan: