Selangor selesa formula kerajaan PH sedia ada

Amirudin (empat dari kanan) mendengar taklimat 'Ops Payung' di Jalan 1, Bagan Sungai Besar sempena lawatan kerjanya di Sabak Bernam di sini hari ini.
Amirudin (empat dari kanan) mendengar taklimat 'Ops Payung' di Jalan 1, Bagan Sungai Besar sempena lawatan kerjanya di Sabak Bernam di sini hari ini.
A
A
A

SUNGAI BESAR - Kerajaan Selangor ketika ini selesa dengan formula pembentukan kerajaan Pakatan Harapan (PH) sedia ada di peringkat negeri.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, melalui mandat dan majoriti besar diperoleh pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu, konsep muafakat di antara semua komponen PH menjadi keutamaan dalam sistem pentadbiran Selangor.

Bagaimanapun katanya, pihaknya bersedia melakukan perbincangan sekiranya terdapat perubahan di peringkat Pusat bagi memastikan keputusan terbaik dalam memastikan kelancaran pentadbiran di peringkat negeri.

"Saya tidak mahu mencampuri urusan tersebut walaupun kita terlibat secara tidak langsung, namun kita memberikan peluang kepada perkara itu.

"Kalau betul berlaku perbincangan secara elok, yang paling pentingnya ialah impak dan kesannya kepada negara dan rakyat," katanya selepas mendengar taklimat 'Ops Payung' di Jalan 1, Bagan Sungai Besar sempena Lawatan Kerjanya di Sabak Bernam di sini hari ini.

Isu pembentukan pakatan baharu timbul selepas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Adam mendakwa Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengaku berhubung perancangan UMNO untuk bekerjasama dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bagi membentuk satu pakatan baharu.

ARTIKEL BERKAITAN: Kerajaan yang bentuk tanpa restu pengundi akan terima padah

Majoriti tolak kerjasama Muafakat Nasional dengan Tun M: Asyraf Wajdi

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun, difahamkan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO petang ini akan memutuskan keputusan mesyuarat itu sama ada diluluskan atau dibincangkan lebih mendalam.