X

Kindly register in order to view this article
!

FWD Takaful, Naluri kerjasama tawar perlindungan kanser

Salim (dua dari kiri) bertukar dokumen perjanjian dengan Azran (dua dari kanan) pada majlis perjanjian kerjasama antara FWD Takaful dan Naluri Hidup di Kuala Lumpur kelmarin.
A
A

FWD Takaful Bhd menawarkan Program Terapeutik Digital dikenali FWD Care Direct kepada pelanggan pelan kanser takaful keluarga menerusi kerjasama dengan Naluri Hidup Sdn Bhd.

Menerusi kerjasama itu, pelanggan FWD Care Direct boleh mengaktifkan akaun dengan aplikasi mudah alih Naluri.

Ketua Pegawai Eksekutif FWD Takaful, Salim Majid Zain berkata, program tersebut membolehkan pihaknya memberikan nilai tambah kepada pelanggan pelan takaful itu untuk menyokong keperluan emosi, mental dan fizikal selepas disahkan menghidap kanser.

“Di FWD Takaful, matlamat kami adalah untuk mengubah apa yang dirasakan orang ramai terhadap takaful.

“Ini menunjukkan bahawa kami ada untuk mereka dan sedia membantu mencapai kesihatan yang lebih baik,” katanya pada majlis perjanjian kerjasama antara FWD Takaful dan Naluri Hidup kelmarin.

Hadir sama, Ketua Pegawai Strategi dan Pengedaran Digital FWD Takaful, Wan Ahmad Najib Wan Ahmad Lotfi dan Ketua Pegawai Eksekutif Naluri, Azran Osman Rani.

Pelan FWD Care Direct merupakan pelan takaful yang boleh dipohon secara dalam talian dan menyediakan perlindungan segera bermula RM100,000 hingga RM250,000.

Pelan tersebut menawarkan pembayaran 100 peratus sebaik sahaja pelanggan disahkan menghidap kanser, meskipun di peringkat awal bagi membantu mereka mendapatkan rawatan kanser.

Selain perlindungan individu, FWD Care Direct juga menawarkan perlindungan kanser bagi keseluruhan keluarga seramai empat orang dalam satu pelan tunggal.

Sementara itu, Azran berkata, setiap permohonan akan menerima akses kepada latihan kesihatan.

“Aplikasi digital Naluri akan menyediakan akses kepada latihan kesihatan yang menggabungkan beberapa perkara yang sangat diperlukan tetapi sering diabaikan iaitu sokongan psikologi dengan pengurusan penyakit dan gaya hidup,” katanya.

Aplikasi Naluri menawarkan akses kepada jurulatih kesihatan, penasihat perubatan, ahli farmasi dan pakar diet kepada pelanggannya.

Ia mempunyai kira-kira 8,000 pengguna yang mana separuh daripadanya telah lulus daripada program kesejahteraan masing-masing.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!