Pelakon, penulis Uncle Bos Mama rai penonton

Pelakon dan penulis Uncle Bos Mama meraikan penonton yang menyokong drama serta novel dalam satu sesi 'Meet and Greet' yang diadakan di MPH Bookstore The Exchange TRX pada Jumaat.
Pelakon dan penulis Uncle Bos Mama meraikan penonton yang menyokong drama serta novel dalam satu sesi 'Meet and Greet' yang diadakan di MPH Bookstore The Exchange TRX pada Jumaat.
A
A
A

[DIKEMAS KINI] PELAKON dan penulis Uncle Bos Mama meraikan penonton yang menyokong drama serta novel dalam satu sesi 'Meet and Greet' yang diadakan di MPH Bookstore The Exchange TRX, pada Jumaat.

Pengarahnya, Hadith Omar berkata, sesi itu adalah untuk memberi peluang kepada penonton drama berkenaan untuk bertemu dengan lebih dekat bersama pelakon utama.

Hadith Omar
Hadith Omar

"Kita bawakan Meerqeen, Ezzanie Jasny, Yusuf Bahrin dan anak-anak yang menjadi peneraju utama dalam drama tersebut.

"Saya harap mereka yang hadir gembira dan berpuas hati kerana mereka dapat berjumpa dengan lebih dekat dan bergambar bersama barisan pelakon yang ada hari ini," katanya ketika ditemui di sesi 'Meet and Greet' pada Jumaat.

Novel karya Kumpulan Karangkraf itu dijadikan sebuah drama yang mempunyai 24 episod, bakal bersiaran menerusi saluran Astro Ria (saluran 104) dan strim menerusi platform On Demand, Astro Go dan sooka bermula sejak 9 September lalu pada jam 10 malam.

Drama terbitan iFame itu membariskan pelakon utama iaitu Meerqeen, Ezzanie Jasny dan Yusuf Bahrin.

Artikel Berkaitan:

Nurul Syahida Kamarudin
Nurul Syahida Kamarudin

Dalam pada itu, penulis buku, Nurul Syahida Kamarudin berharap orang ramai akan terus mendapatkan novel Uncle Bos Mama walaupun ia sudah diadaptasi kepada drama.

Ujarnya, individu yang mahu mendapatkan novel berkenaan boleh membeli secara terus di kedai buku terdekat dan Karangkraf Mall, Seksyen 15, Shah Alam atau dalam talian menerusi Shoppee dan TikTok.

Nurin Izzati
Nurin Izzati

Sementara itu, pekerja swasta, Nurin Izzati Mohd Rodhi, 28, berkata, selaku peminat setia Merqeen dia bersyukur dan gembira kerana diberi peluang untuk hadir ke sesi 'meet and greet' kali ini.

Menurutnya, drama tersebut adalah terbaik dan sesuai untuk ditonton seisi keluarga daripada pelbagai peringkat umur.

Nur Afiqah
Nur Afiqah

Bagi pekerja swasta, Nur Afiqah Kamarulzaman, 29, walaupun lebih minat untuk membaca novel namun, kali ini dia tidak mahu melepaskan peluang untuk bertemu dengan penulis dan pelakon Uncle Boss Mama.

"Cerita ini bagus, tentang kekeluargaan yang berkait dengan kehidupan kita. Ikutkan drama dan novel tidak sama, cuma bagi saya kalau dalam drama watak itu lebih hidup.

"Saya memang minat baca novel daripada zaman sekolah dan sering ke Kumpulan Karangkraf untuk beli novel yang dijual di sana terutamanya ketika pesta buku," ujarnya.

Nurul Syahida bersama peminat ketika sesi 'meet and greet' Uncle Bos Mama pada Jumaat.
Nurul Syahida bersama peminat ketika sesi 'meet and greet' Uncle Bos Mama pada Jumaat.

Pelakon dan penulis Uncle Bos Mama ketika sesi 'Meet and Greet' di MPH Bookstore The Exchange TRX, pada Jumaat.
Pelakon dan penulis Uncle Bos Mama ketika sesi 'Meet and Greet' di MPH Bookstore The Exchange TRX, pada Jumaat.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!